28 July 2012

Baby Auni cucuk 3 bulan

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Ramadhan.

Baby Auni telah masuk umur 3 bulan pada 16 Julai lepas. Ini bermakna perlu cucuk untuk umur 3 bulan. Kali terakhir cucuk ialah pada bulan lepas semasa umur 2 bulan.

Semasa bersembang dengan doktor, dimaklumkan bahawa orang dulu-dulu tiada pun cucuk-cucuk ini. Semua sihat sampai ke tua, sakit demam tu penyakit biasa. Tetapi sekarang, sudah lahir terus kena cucuk. Apa boleh buat, sekarang dunia kita dipenuhi dengan penyakit. Jika tidak cucuk, pasti banyak penyakit yang akan datang. Terbaru ialah hipertetis yang mana sapa-sapa yang belum ambil insulin bermula pada tahun 1989 perlu cucuk. (betul ker? lupa pulak info sebenar)

Sekarang ini, Baby Auni mula cucuk di Klinik Kotaraya, Taman Melawati. Tempat Azfar dan Azwar mengambil insulin juga. Hanya pada bulan pertama sahaja Baby Auni di bawa ke klinik kesihatan. Kemudian malas hendak kena cuti bagai dengan menunggu lama (pemalas juga Sop ni yer) Hehehe

Tadi masa cucuk, Baby Auni sedikit menangis. Mungkin sakit mula-mula cucuk. Selepas dipujuk Baby Auni terus diam. Mungkin semakin kuat atau lemak yang banyak mengurangkan rasa sakit?


EmoticonEmoticon