03 July 2012

Baby Auni batuk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni batuk! Sedih jer bila tengok Baby Auni batuk-batuk. Jika kanak-kanak sudah besar tidak kisah sangat, tetapi jika baru 2 bulan usianya batuk seperti tidak tahu hendak buat apa.

Baby Auni batuk kerana berjangkit dengan abang-abangnya yang batuk. Azfar dan Azwar batuk sejak kelmarin. Bila satu keluarga ada bayi kecil, pasti tidak lari dari terjangkit. Sama seperti sebelum ini yang Baby Auni telah demam setelah abang-abang nya demam.

Hari ini Baby Auni dibawa ke klinik yang biasa kami singgah. Klinik yang paling murah di kawasan Setapak Jaya ini iaitu Klinik Gunasegaran. Kira klinik keluarga Sop lah ni kerana semua yang demam-demam akan datang ke sini ;)

Hari ini Sop akan ke port Dickson untuk tugasan luar, jadi perlu bawa ke klinik siap-siap. Jika batuk berterusan, susah juga Mrs Sop untuk bawa nanti :)



EmoticonEmoticon