28 June 2012

Pusat Servis Toyota Cheras tidak buka hujung minggu

Selamat sejahtera kepada semua.

Sudah servis kereta anda?
Servis kenderaan tidak semestinya hendak berjalan jauh bukan? Cukup saja tempoh, pastikan ia di servis. Adalah penting menjaga jadual servis kenderaan untuk memastikan injin kereta lebih tahan dan berprestasi baik.

Kenapa pusat servis Toyota tidak buka pada hari Sabtu atau Ahad?
Sebelum ini, Pusat Servis Toyota Cheras dibuka pada hari Sabtu. Permintaan sangat tinggi kerana jika hendak buat temu janji, pasti perlu awal kerana ramai yang memilih hari Sabtu. Adalah sukar jika hari bekerja hendak hantar untuk servis kenderaan. Jika hantar dan tunggu, sudah makan masa beberapa jam. Hendak pergi dengan kesesakan lalu lintas lagi! Jika hendak hantar dan pergi kerja, perlu naik teksi pula. Sangat susah untuk hantar kenderaan pada hari bekerja.

Ada pusat servis Toyota yang buka pada hari Sabtu tetapi jauh pula perlu hantar. Kenapa ada yang buka, kenapa pula tidak? Pusat servis Toyota sendiri tidak selaras!

Pihak Toyota seharusnya memikirkan kemudahan kepada pengguna Toyota. Bukan sahaja hanya memastikan jualan kereta banyak tetapi perkhidmatan selepas jualan perlu bagus.

Ada kawan memaklumkan, pusat servis Honda dibuka 7 hari seminggu. Lagi hebat bukan? Hendak pakai kereta Honda tidak pula mampu, motosikal Honda EX5 bolehlah :)

Harap pihak servis Pusat Toyota Cheras menimbang untuk buka kembali pada hari Sabtu atau Ahad. Sangat penting kepada pengguna kereta Toyota untuk hantar servis pada hari cuti.



EmoticonEmoticon