05 June 2012

Promosi RM25 untuk semua domain MY

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu bersama keluarga tercinta :)

Sebelum ini, Sop ada membuat entry untuk menukar domain gnesop.com. Sila lawat entry tersebut kenapa Sop bercadang untuk menukar domain.

Dalam komen tersebut, bro beckhrooy telah memaklumkan tentang prmosi domain .MY bermula 6 Jun nanti. Terima kasib kepada beckhrooy atas maklumat tersebut. Jika tidak, pasti Sop telah beli domain dan terlepas promosi yang MURAH ini.

Promosi domain RM25 untuk .MY ialah sempena ulang tahun ke 25nya. Oleh sebab itu, harga semua RM25. Agak-agak masa ulang tahun ke 10 dulu, ada jual domain .MY RM10? Hehehehe

Berikut adalah senarai domain dengan harga RM25:


No.Domain NamePromotional Price (RM)
1.my120
25
2.com.my80
25
3.net.my80
25
4.org.my80
25
5.name.my32
25
6.gov.my80
25
7.mil.my80
25
8.edu.my80


Sumber: domainregistry.my

Pada 6 hingga 22 Jun 2012 nanti, bolehlah beli domain kepada yang merminat dengan domain .MY. Namun perlu ingat, harga ini hanya untuk promosi pelanggan baru. Untuk pembaharuan nanti, harga kembali kepada asal :)

Sop mula berminat dengan sop.name.my tetapi apabila melihat promosi ini, terus minat dengan sop.net.my. Kelihatan lebih hebat dengan domain net.my berbanding name.my. Namun, jika dilihat pada personal blog, domain name.my lagi sesuai :)

Jika bertukar domain, pasti banyak backlink yang hilang dan blog seolah bermula baru kecuali entry yang telah banyak. Banyak juga kerja hendak buat nanri :)

Maklumat lanjut tentang promosi domain ini, sila lawat link : http://www.domainregistry.my/en/news.php?id=132


EmoticonEmoticon