23 June 2012

Pendaftaran pra sekolah 2012

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ada anak berumur 5 tahun?
Jika ada, sudah mendaftar Pra sekolah tahun hadapan?

Azwar telah selamat Sop daftarkan minggu lepas di SK Taman Seri Rampai. Permohonan tahun lepas tidak berjaya kerana masih berumur 4 tahun (untuk masuk 5 tahun) dan keutamaan diberikan kepada murid 6 tahun kemasukan. Jika ada kekosongan, baru kanak-kanak 5 tahun dipertimbangkan.

Permohonan untuk masuk ke Pra sekolah perlu cepat kerana tempoh permohonan 3 bulan sahaja. Jika lewat, kemungkinan permohonan tidak diterima lagi. :)

Kenapa Sop berminat menghantar anak ke Pra sekolah?
- Pengalaman awal anak-anak ke sekolah penting untuk membiasakan anak-anak dengan alam persekolahan. Bila bersekolah pada tahun 1, anak-anak tiada masalah lagi untuk ke sekolah.

- belajar bersosial dan berkawan yang mana anak-anak boleh bertemu rakan baru. Di rumah hanya adik beradik dan saudara mara sahaja yang biasa jumpa (jika ada)

- belajar sambil bermain yang memberi pendedahan kepada murid. Silibus Pra sekolah tidak tinggi tetapi pada akhir sekolah, murid Pra sekolah boleh menguasai 4 kemahiran. Hebat bukan? Jika tidak semua dikuasai pun, dapat belajar sesuatu dari sesi pembelajaran, itu cukup baik bukan.
Banyak lagi kelebihan Pra sekolah yang ada tetapi bagi Sop, itu yang paling utama :)

Oleh kerana tempat Pra sekolah terhad, tidak semua akan berjaya. Jika tidak berjaya, Tadika swasta akan menjadi pilihan. Tadika juga perlu lihat, ada yang berdaftar dan tidak. Pastikan tidak yang berdaftar kerana yang berdaftar mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan seperti keselamatan, silibus dan sebagainya.



EmoticonEmoticon