21 June 2012

Link blog lama tidak tersenarai lagi di carian Google


Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu :)

Sedikit update tentang blog yang mana link blog gnesop.com secara penuhnya telah tiada pada carian Google. Sebelum ini, gnesop.com telah menerima Linklist dari carian Google.

Setelah membuat pemadaman sitemap pada Google Webmaster Tools, semua hasil carian telah tiada. Hanya tinggal dari backlink rakan-rakan yang membuat entry sebelum ini. Cepat betul mereka bertindak bukan? heheheh

Sop memang hendak Google hilangkan backlink gnesop.com tersebut untuk memastikan hasil carian akan fokus kepada domain baru. Jika tidak, takut kelihatan content duplicate dengan domain baru. Sop juga telah memasukkan sitemap domain sop.name.my ke Google Webmaster Tool.

Buat masa ini, Sop sedang berusaha untuk mendapatkan backlink-backlink dari web dan blog. Directory-directory perlu dimasukkan secara manual, kena lawat satu persatu mana yang menyediakan secara PERCUMA. Bukan semua web directory yang boleh menyediakan add URL secara percuma :)

Buat masa ini, trafik dari Carian Google masih perlahan. Hendak buat entry SEO rasa tidak sesuai pula, jangan kerana hendak cari trafik sampai copy paste berita, bukan?

Bila guna domain sop.name.my, ia kelihatan sangat personal. Jadi, harap boleh kekalkan "keperawanan" status personal tersebut. Hehehehe

Kepada rakan-rakan yang sediakan bloglist ke gnesop.com mohon untuk tukar kepada domain baru yer. Jika tiada dalam bloglist Sop (widget footer), sila maklumkan untuk exchange :)

Terima kasih kerana membaca entry :)


EmoticonEmoticon