16 June 2012

Kembara Motosikal Cub ke Bagan Lalang

Peserta Konvoi Bagan Lalang
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Beberapa hari ini, hari Sop sangat sibuk sehingga tergendala untuk proses mengecat rumah (edit template blog) selepas penukaran domain hari itu. Oleh kerana sibuk juga, Sop tidak sempat untuk membuat entry dan balas jejak yang ditinggalkan.

Kembali kepada tajuk entry yang mana Sop bersama rakan-rakan pejabat telah merancang untuk ke Bagan Lalang menggunakan motosikal berkuasa 150cc ke bawah. Kami ke Bagan Lalang bukan untuk XPDC sahaja tetapi atas urusan pejabat. Sesi idea agak gila-gila ini bermula minggu lepas yang mana Sop mencari pemilik motosikal cup yang terlibat dengan urusan pejabat ini.

Hanya 5 orang yang bersetuju sertai kembara ini dan Sop respek dengan rakan pejabat Sop yang berusia 54 tahun turut menyahut cabaran ini dengan hanya menggunakan motosikal yang berusia hampir 20 tahun. Hebat  bukan?

Jarak perjalanan kami ialah hanya 85KM tetapi bagi motosikal berkuasa kecil ia agak jauh. Cabaran ini yang kami cuba lalui yang mana jika menggunakan kereta, pasti tidak rasai cabaran tersebut.

Perjalanan kami bermula dari jam 3.00 petang dari pejabat. Perjalanan kami bergerak lancar melalui lebuh raya utara selatan dan kemudian keluar pada tol Nilai. Selepas keluar dari lebuhraya, perjalanan menjadi lebih selesa dengan motosikal cub kerana kenderaan tidak laju berbanding dengan lebuhraya.

Semasa kami di Nilai, sempat kami singgah minum dahulu untuk menghilangkan dahaga. Lagipun, perjalanan kami rancang untuk santai-santai sahaja. Tidak perlu hendak cepat untuk kejar masa. Paling penting, perjalanan kami selamat.

Motosikal yang menyertai kembara ini ialah EX5, Nouvo LC, Lagenda, 135LC dan Kawasaki K1. Mungkin ini percubaan pertama untuk membuat aktiviti seperti ini dan pada masa datang, lebih ramai yang akan sertai kembara seperti ini.

Di Bagan Lalang, kami menginap di Hotel Seri Malaysia. Ikuti review hotel Seri Malaysia dalam entry seterusnya nanti.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)

Galeri gambar: (Saiz agak berat kerana silap upload gambar belum resiz)





























EmoticonEmoticon