24 June 2012

Hari Sukan SK Taman Seri Rampai 2012

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria sokmo! :)

Semalam (Sabtu) berlangsung Kejohanan Sukan Tahun SK Taman Seri Rampai bagi Tahap 1 iaitu Pra Sekolah hingga Tahun 3. Ini kerana padang sekolah SK Taman Seri Rampai sedang dibuat pembangunan dimana sedang membangunkan 1 blog bangunan sekolah. Berbeza dari tahun lepas, sukan sekolah dilakukan secara sekali gus untuk 1 sekolah. Untuk tahun ini, sukan tahunan bagi tahap 2 (Tahun 4 - 6) diadakan di SK Taman Melati pada minggu hadapan.

Azfar yang masih di Pra Sekolah tahun ini menyertai acara sukaneka. Semua murid Tahap 1 diadakan acara sukaneka, bukan Pra Sekolah sahaja. Setiap murid akan menyertai 1 acara sahaja.

Acara sukaneka Pra Sekolah ialah baling pundi kacang ke dalam bakul yang mana murid akan berlari dan lompat melalui gelung, kemudian melalui celah kod plastik dan baling pundi kacang ke dalam bakul. Pemenang kumpulan dipilih berdasarkan punci kacang yang paling banyak masuk ke dalam bakul.

Kumpulan Azfar telah menang di tempat ke 3 (Semua menang) dan memenangi sebuah medal.

Pendedahan sukan seperti ini lebih-lebih lagi dengan acara sukaneka memberi lebih keseronokan. Dengan menang dan dapat hadiah, Azfar bertambah seronok.

Tahniah kepada pihak sekolah SK Taman Seri Rampai yang berjaya mengadakan sukan tahunan yang ke 18 tersebut :)

Galeri gambar sukan tahunan SK Taman Seri Rampai 2012:

Murid berkumpul sebelum aktiviti perbarisan masuk

Persembahan oleh murid

Khemah untuk ibubapa

Perbarisan masuk murid

Murid pra mula sampai

Maskot haiwan digunakan

Murid pra lebih mendapat perhatian

Comel budak pra kan?

Duduk mendengar ucapan

Azfar menjadi maskot harimau

Sempat mencari Azwar.. :)

Selesai majlis perasmian

Perbarisan keluar

Keluar dalam barisan yer!

Semua tidak sabar untuk memulakan acara

Rumah sukan biru

Rumah sukan merah

Berkumpul ke kantik kembali untuk menanti acara

Azfar berada di hadapan untuk ke acara

Pra sekolah acara pertama :)

Berkumpul ke garisan permulaan

Berbaris ikut kumpulan

Peserta terakhir diberi tanda gelang

Azfar bersedia di barisan akhir

Azwar memberi kata-kata semangat (cewah)

Horn dibunyikan tandap permulaan acara

Halangan yang perlu ditempuhi

Lompat, lompat

Giliran Azfar pula

Laju! Laju!

Yey! Sudah habis

Acara bagi Tahun lain

Murid perempuan dan lelaki dipecahkan mengikut acara
   
Maisng-masing teruja untuk memulakan pertandingan

Bersedia untuk acara seterusnya

Majlis penyampaian hadiah

Beratus untuk mendapat medal

Ini adalah kumpulan Azfar

Tahniah kepada semua pemenang

Azfar menayang medal yang dimenangi
  
Bergambar semua murid Pra Sekolah


EmoticonEmoticon