01 June 2012

Hadiah lampu LAMPAN IKEA telah dipos

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu.

Masih ingat Cabutan Bertuah Lampu LAMPAN IKEA?
Bagi yang tidak berjaya pasti sudah hilang rasa sedih sebab tidak bertuah (sedih ker? Henehe)

Untuk cabutan bertuah barangan IKEA bagi bulan Jun belum lagi pergi beli kerana tidak kesempatan untuk ke sana. Mungkin minggu depan kot sebab Mrs Sop pun tidak sabar untuk menikmati bebola daging IKEA.

Hari ini baru kesempatan untuk pos hadiah yang dimenangi oleh Shida. Mula cari kotak tidak jumpa pula untuk saiz lampu tersebut. Akhirnya Sop teruskan sahaja balut mampu tersebut dengan kertas. Kesannya sangat buruk bungkusan tersebut. Segan dengan awek pos sebab bungkusan tidak cantik.

Bagi Shida, harap terima hadiah tersebut tanpa lihat bungkusan. Yang penting isi dalamnya berkeadaan baik.

Jika tiada masalah, hadiah tersebut akan sampai pada hari Isnin nanti. Sop menggunakan perkhidmatan pos laju yang mana lebih selamat. Laju? Tidak juga laju sebab hendak laju kena guna pos express :)






EmoticonEmoticon