03 June 2012

Chemor ada 3g UMobile yey!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini berada di Chemor Perak untuk menghadiri kenduri saudara sebelah keluarga mertua. Semalam tidur di rumah Opah Mrs Sop di Malim Nawar, Perak dan tiada liputan 3g. Tidak bersiaran lah semalam :)

Talian di Chemor, Perak agak teruk dan putus-putus. Kadang-kadang tidak dapat langsung :)

Selesai kenduri, terus balik ke Kuala Lumpur. Cuaca agak panas di Perak. Semasa kenduri, memang berpeluh-peluh!

Masa pergi, jalan sesak teruk! Masa balik tadi pun sama! Kenderaan berderu-deru. Ada masa langsung terbenti sedangkan tiada kemalangan atau kenderaan rosak! Penat, penat!

Apa-apapun, alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai pergi dan balik :)




EmoticonEmoticon