25 May 2012

Baby Auni sudah pandai senyum

Yey! Dah pandai senyum!
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga senyum-senyum selalu :)

Hari ini, Baby Auni telah pandai senyum! Mesti gembira bukan? Mestilah, suatu perkembangan yang menarik seorang bayi.

Gambar ini diambil oleh Mrs Sop pagi tadi yang mana telah diacah oleh Azfar. Sebelum ini, belum lagi Baby Auni pandai senyum dan tersenyum. Baby Auni belum faham apa sahaja yang kita lakukan. Ia seperti tiada perasaan. Mesti Baby Auni pelik, apa agaknya orang dewasa cakap, buat? Apa yang dia tahu, lapar menangis, sakit menangis, mengantuk tidur! Itulah perkembangan bayi untuk ketika ini.

Setiap masa bayi akan belajar dan terus belajar dari persekitaran beliau.

Memang seronok dapat melihat perkembangan bayi dari masa ke semasa. Bagi yang melihat sentiap hari pasti sukar untuk melihat perkembangan dan tumbesaran bayi. Namun jika sekali sekala lihat, pasti akan terkejut kerana bagi berkembang dengan cepat. Contoh berat Baby Auni, dari sehari hanya 3.5kg tetapi apabila sebulan ia telah mencecah hampir 5kg!

Buat masa ini, dengan Sop belum lagi dia tunjukkan senyuman menawan tersebut. Mungkin Sop belum pandai mengacah Baby Auni untuk membuat dia tersenyum atau ketawa :)

Setakat hari ini, perkembangan Baby Auni sangat baik! Syukur kepadaNya kerana mempermudah sebaga urusan kami sekeluarga.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon