29 May 2012

U Mobile tiada liputan 3g di Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Mulakan setiap hari dengan senyuman.

Hari ini Sop telah selesai berada di Melaka. Berada di Melaka tidak berjalan ke mana, hanya berada di hotel dan sempat meronda di sekitar sahaja. Maklum sahaja dengan tiket tugasan, malas hendak berjalan. Bukan datang bercuti, bukan?

Takkan hendak ke Banda Hilir seorang diri, mesti bosan bukan? Hendak bawa rakan, datang ke Melaka naik kuda (huhuhu).

Kembali kepada tajuk entry, Melaka belum mendapat liputan 3g untuk pengguna U Mobile. Susah juga kalau pengguna internet tegar seperti Sop. Namun, nasib baik banyak WiFi yang disediakan. d'Village Resort Melaka hanya di ruang lobi dan bilik mesyuarat sahaja. Berada di bilik ternganga sebab tiada internet :)

Bila ke MiTC Melaka, memang banyak WiFi. Siap ada WiFi@Melaka, hebat bukan? Kalau boleh seluruh Melaka dapat WiFi tersebut, memang hebatlah!

Ingatkan UMobile telah sampai ke Melaka liputan 3g nya kerana 3 tahun lepas liputan 3g telah ada di Port Dickson.

Moga U Mobile akan terus tingkatkan liputan 3g kerana susah juga jika selalu keluar Kuala Lumpur tetapi tiada internet. Susahlah penginternet tegar! Hihuhuhu
Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon