11 May 2012

Tutorial memasukkan jumlah view entry

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu.

Apabila melihat widget page view dalam blog WordPress, rasa cemburu pun ada kerana blogspot seperti tiada. Rupanya Sop silap kerana widget jumlah view entry sebenarnya ada cuma Sop yang tidak tahu. [segan kat anak kucing jiran Sop]. Mungkin silap cari atau silap keyword yang ditulis, itu yang tidak jumpa... hehehe

Kebetulan semasa meronda-ronda blog terpandang jumlah view entry pada blogspot. Dari situ, baru tahu dan jumpa tentang cara masukkan jumlah view tersebut pada blogspot. Sudah jumpa, apa tunggu lagi, pasang la kan?

Bagus juga widget jumlah entry ini kerana boleh bagi info kepada empunya blog dan juga pelawat tentang jumlah mereka sudah lihat atau baca sesuatu entry. Pasti seronok jika melihat jumlah angka banyak! Tetapi jangan pula kecewa jika jumlah view sikit! Jadikan ia sebagai pembakar semangat. [sengih jab]

Bagi yang ingin memasang widget jumlah view entry ini, boleh ikut tutorial mudah berikut:

Pergi ke Template > Edit HTML > Expand Widget Templates

Jika ingin jumlah view berada sebelum entry, cari kod di bawah:
<data:post.body/>
Masukkan kod berikut sebelum kod <data:post.body/>
<!-- Jumlah View Mula -->
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='hit-counter'>
Sudah baca entry ini:&lt;a href=&#39;http://www.sop.name.my&#39; rel=&#39;follow&#39;&gt;
<script src='http://amitjain.in/pageviews.php' type='text/javascript'/> &lt;/a&gt;
</div></b:if>
<!-- Jumlah View Tamat -->
Jika ingin selepas entry, masukkan kod di atas selepas <data:post.body/>. Jika ingin diletakkan di tempat lain, boleh sahaja cuba-cuba yer. Pastikan anda backup dulu template anda sebelum mencuba. Sediakan payung sebelum hujan tidak salah walaupun hari tidak hujan. :)

Akhir sekali, simpan (save template).

Sila ke entry anda untuk lihat sama ada jumlah view anda berfungsi atas tidak. Jika ada, tahniah kerana anda telah berjaya :) Sila beri tepukan kepada diri sendiri [Hehehe]

"Sudah baca entry ini:" boleh ditukar mengikut citarasa anda. Pastikan ia secukup garam dan gula yer [melalut la pulak! iks iks]

Untuk dapatkan cara lain, sila lawat entry asal di sini.

4 comments:


EmoticonEmoticon