16 May 2012

Sop Tempat Ke 2 Ping Dan Menang Wang Tunai di blogr.my!

menang peraduan

Selamat sejahtera kepada semua rakan dan moga ceria-ceria selalu. Sentiasa senyum untuk kelihatan lelaki kacak bagi lelaki dan kelihatan ayu bagi perempuan.

Alhamdulillah, Sop menang tempat kedua dalam peraduan Ping Dan Menang Wang Tunai di blogr.my! yang disertai tersebut. Hadiah yang dimenangi tempat kedua ialah RM70. Cukuplah untuk duit minum kopi untuk bulan ini :)

Semasa sertai peraduan ini, tidak menaruh harapan untuk menang tetapi sekadar mencuba. Apabila ia mempertaruhkan kreativiti, memang sedikit sukar berbanding GA yang hanya perlu bergantung kepada nasib. Ada rezeki dapat, jika tidak tiada rugi apa-apa :) Lainlah jika peraduan SEO yang memerlukan kemahiran dan bukan sekadar nasib. Sop baru sahaja cuba sertai peraduan SEO Lelaki Kacak yang mana jauh sangat susah! Bersaing juga pastinya hebat-hebat dan Sop rasa kerdil sangat rasa jadi bukan lelaki kacak! [merapu Heheheh]

Lagipun, Sop selalu membuat ping entry di blogr.my, jadi apa salahnya sertai peraduan tersebut?

Apabila menang bergini, teruja pula hendak sertai peraduan-peraduan lain. Namun tidak kemampuan untuk aktif join. Banyak kengkangan dan ruang masa tidak mengizinkan. Mana yang mudah-mudah, mugkin boleh sertai. Cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA blog Sop pun masih berlangsung, siapa yang belum sertai bolehlah buat demikian yer :)

Terima kasih kerana membaca entry ini. :)


EmoticonEmoticon