Ranking SEO Lelaki Kacak blog RH
Selamat sejahtera kepada semua rakan Lelaki Kacak dan Perempuan Cantik [awak la tu... ].
Peperangan SEO Lelaki Kacak semakin rancak! Masing-masing menggunakan skill terhebat untuk memastikan mendapat ranking pertama hasil carian.
Sop skill ada ker? Memang tiada, hanya ikut sesuka hati sahaja. Hehehehe
Ranking terkini keyword Lelaki Kacak dalam cabaran SEO ini menyaksikan semua entry yang bermula dari Mac dulu. Kelebihan mendapat index awal oleh Google membolehkan ranking berada di atas.
Bagi yang baru sertai, boleh ke kejar SEO Lelaki Kacak ini?
Boleh sahaja dengan mengeluarkan skill SEO kuasa terhebat tahap gaban! [tipu sahaja hehehe] Boleh dengan usaha yang berterusan. Banyak perkara yang boleh membawa kepada naik atau turun keyword SEO ini. Lagi-lagi jika ia adalah pertandingan, masing-masing akan berusaha membuat sesuatu yang boleh menaikkan ranking hasil carian Lelaki Kacak. Bagi yang tidak kekalkan momentum pasti akan jatuh rankingnya.
Berada di page 8 Carian Google keyword Lelaki Kacak |
Sop yang baru sahaja bermula semalam menyelitkan diri dalam cabaran besar SEO Lelaki Kacak ini kelihatan jauh ketinggalan. Hasil carian didapati hanya berada di page 8 Google. Sangat jauh ketinggalan! Macam mana hendak jadi Lelaki Kacak jika seperti ini? Blog sudah lah tidak kacak, pengiklanan pun tidak masyuk, SEO pun jauh, apa yang tinggal? Hehehehe Nasib baik semalam dapat menang peraduan ping dan menang di tempat kedua, rasa menjadi lelaki kacak sedikit :)
Jika dibandingkan kuasa SEO antara blogspot dengan WordPress memang jauh bezanya seumpama Lelaki Kacak dengan lelaki tidak kacak. Bagi blogger pengguna blogspot perlu berusaha 150% berbanding blogger WordPress. Apa usaha tersebut?
- Isi blog pastinya utama yang mana perlu ramai pembaca, ramai yang cari, ramai yang suka [sama seperti Lelaki Kacak]
- Kuasa media sosial sekarang sangat berkuasa. Setiap perkongsian memberi lebih popular kepada blog [banyak yang dikongsi pembaca, lebih banyak anda menjadi lelaki kacak]
- Ping dan cookies blog [jika rajin, sangat kacak]
- Backlink dan sebagainya [tumpang menjadi lelaki kacak]
Biasanya Sop tidak kisah sangat tentang SEO dalam setiap entry. Sop hanya berharap trafik datang dari diri Sop yang menjadi lelaki kacak [perasan, okey]. Sop biasanya fokus kepada pembaca tegar, pembaca lelaki kacak yang selalu singgah, wanita comel yang selalu menyapa sehingga lupa tentang kuasa SEO untuk trafik. Banyak faktor yang membolehkan mereka menjadi pembaca tegar blog kita. Paling penting setting SEO jangan diabaikan. :)
Ada artikel yang Sop baca sebelum ini, kita menulis fokus kepada pembaca bukan untuk SEO. Jika menulis untuk SEO, ia akan menjadi seperti entry ini. Terlalu kejar keyword Lelaki Kacak sehingga entry menjadi bosan. Tidak natural, terlalu formal, tah apa-apa, membosankan! Betul tak?
Yang terbaik, apply teknik SEO seadanya dengan entry. Namun kerana peraduan ini adalah persaingan SEO, Sop terpaksa korbankan entry [cewah!] Nasib baik keyword Lelaki Kacak ini mudah untuk dibuat cerita dan ayat. Tidak susah untuk mengarang. bayangkan jika keyword selain dari Lelaki kacak yang lebih susah? Sah-sah entry akan menjadi merapu meraban bukan? Huhuhuhu
Entry lelaki kacak ini adalah penyertaan untuk menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak. Pertama kali mencuba cabaran SEO yang tidak tahu langsung teknik permainannya. Hanya cuba untuk belajar tentang persaingan SEO Lelaki Kacak ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh diperolehi.
terima kasih gan
ReplyDelete