Muka Baby Auni timbul jerawat
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga gembira-gembira selalu :)
Baby Auni telah berusia 18 hari dan setakat ini semua berjalan lancar. Alhamdulillah, semua dipermudahkan olehNya. Kuning masih ada sikit-sikit dan semalam ke Klinik Kesihatan Setapak untuk membuat pemeriksaan darah. Risau juga kerana telah lebih 2 minggu tetapi masih ada kuning pada muka dan mata. Hasil pemeriksaan tahap kekuningan makin kurang berbanding sebelum ini.
2 hari ini muka Baby Auni telah tumbuh jerawat pada muka! Bukan jerawat tetapi ruam :) Takkan kecil-kecil sudah ada jerawat bukan? Kalau Sop, memang sah jerawat bukan ruam, hehehehe
Kelihatan banyak ruam pada pipi dan kening. Hasil maklumat dari internet, ia adalah biasa. Mungkin dari kesan susu ibu ketika menyusu. Maklum sahaja Baby Auni ini sangat suka bergayut pada mamanya, mungkin selalu kena.
Sekarang ini, selepas menyusu akan lap dengan kain lembab untuk mengelak ruam terus bertambah. Walaupun tiada kesan berbahaya tetapi hilanglah seri Baby Auni nanti. Susah pula Sop hendak cari menantu.. Heheheh [melalut la plak!]
Sekiranya ada petua atau cadangan tambahan, mohon dikongsi yer rakan-rakan.
Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Agak banyak juga ruam tersebut |
Untuk paparan lebih jelas |
dekat dahi pun ada ruam |
EmoticonEmoticon