02 May 2012

Menjadi super papa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah sertai cabutan bertuah blog Sop? Join sini

Agak lama telah alami suasana selesa di rumah setelah Azfar dan Azwar telah besar. Selesa maksud Sop ialah tidak lagi susah-susah mengurus anak kecil walaupun cabaran anak besar lebih tinggi.

Antara perkara yang sukar dan penuh cabaran semasa anak kecil seperti berikut:
+ jaga malam
+ pergerakkan terhad
+ kesihatan
+ urus mandi manda
+ bantu Mrs Sop dalam pantang ;)

Jika Azfar dan Azwar sekarang memang tiada masalah dalam pengurusan diri. Boleh bersiap sendiri, boleh makan sendiri, malah boleh membantu lagi.

Sekarang ini, aktiviti bangun malam sudah menjadi biasa apabila perlu uruskan Baby Auni yang kadang-kadang terjaga.

Hari cuti memang sepenuhnya membantu Mrs Sop dengan kerja rumah dari aktiviti mengemas, urus anak, basuh pakaian, dan sebagainya. Memang betul-betul menjadi Super Papa.

Mrs Sop masih proses berpantang, jadi tidak boleh buat kerja berat lagi. Masih perlu banyak berehat dan pastikan semua sembuh dengan cepat.

Semoga Sop sentiasa sihat dan bertenaga untuk membantu menguruskan rumah dan menjadi super Papa ;)



EmoticonEmoticon