20 May 2012

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia


Selamat sejahtera kepada semua rakan.

16 Mei lepas, genap usia Baby Auni sebulan. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkanNya. Apabila sebulan, kenalah Baby Auni cucuk.

Sebelum ini, Azfar dan Azwar sepenuhnya cucuk di klinik swasta tetapi untuk Baby Auni cuba untuk klinik kerajaan pula. Perkhidmatan klinik kerajaan telah baik, apa salahnya kita manfaatkan kemudahan yang disediakan. Ramai orang asing yang ke Klinik kerajaan berbanding rakyat sendiri, rugi lah kita, bukan?

Semasa jururawat datang memeriksa Baby Auni dulu ada dimaklumkan yang KKIA Gombak Setia lebih selesa. Lagi pun Sop tinggal di Danau Kota tidak jauh dari Gombak Setia. Semasa cari gunakan GPS memang tidak jumpa KKIA Gombak Setia, Sop terpaksa cari guna alamat jalan. Alhamdulillah, jumpa. Bagi yang sedang mencari KKIA Gombak Setia, ia berada di belakang SK Gombak Setia dan SMK Gombak Setia. Dalam maps GPS, sekolah tersebut mungkin ada.

Untuk mendapat alamat penuh Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, sila lawat laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my/gov_clinics?gov_clinic%5Bstate_id%5D=14&search=&commit=Cari

Apa yang mudah di KKIA Gombak Setia ini ialah dari segi parkir yang mudah dan pengunjung juga tidak ramai. Urusan lebih cepat dan tidak perlu menunggu lebih lama.

Semasa pendaftaran, Sop dimaklumkan yang kawasan rumah Sop ialah di bawah liputan KKIA Pasar Gombak. Setiap KKIA mempunyai kawasan jagaan tersendiri rupanya. Oleh kerana telah datang, urusan cucuk Baby Auni diteruskan. Untuk cucuk bulan berikutnya, kena ambil temujanji di KKIA Pasar Gombak nanti. KKIA Pasar Gombak terletak betul-betul bawah Pasar Besar Gombak iaitu kawasan parkir kenderaan.

Sebelum cucuk, Baby Auni di periksa terlebih dahulu dari segi berat dan tinggi. Usia sebulan, berat Baby Aini hampir 5 kg, patut lah berat. Huhuhu Semasa periksa, jururawat lihat seperti Baby Auni ada sedikit kuning, dan Sop tunjuk rekod pemeriksaan kuning sebelum ini. Jika peratus kuning tinggi, proses cucuk sebulan tidak boleh dilakukan. Untuk kepastian, periksa darah perlu dilakukan. Klinik Kesihatan hanya berada di sebelah KKIA Gombak Setia sahaja, mudah bukan? Hasil periksa darah didapati Baby Auni tiada lagi kuning. Alhamdulillah, proses cucuk boleh dilakukan. Mungkin kulit Baby Auni yang kuning langat yang menyebabkan kelihatan ada kuning.

Selesai sudah urusan cucuk Baby Auni, tunggu lagi sebulan untuk cucuk seterusnya. Temujanji cucuk telah diambil di KKIA Pasar Gombak selepas selesai urusan di KKIA Gombak Setia.
Galeri gambar:


Sedia untuk ke Klinik
Bangunan KKIA Gombak Setia
Pintu masuk KKIA Gombak Setia 
Depan KKIA Gombak Setia

Ucapan selamat datang dan piagam pelanggan


Menanti untuk di cucuk :)


EmoticonEmoticon