17 May 2012

Hadiah Selamat Hari Guru

Selamat hari guru kepada semua warga pendidik khas nya dari laman http://upkkl.com iaitu warga pendidik Pendidikan Khas.

Sepatutnya entry di post semalam kerana semalam adalah hari guru tetapi tidak kesempatan. Banyak pula urusan dan malam tadi tertidur awal tapi nasib baik sempat buat entry penyertaan GA Lelaki Kacak.

Hadiah hari guru oleh Azfar dan Azwar kepada guru mereka. Tahun lepas hanya Azfar yang bagi kerana Azwar belum bersekolah. Tahun ini banyak pula hadiah diberi kerana cikgu praktikum ada mengajar di jelas pra sekolah Azfar.

Penting ker bagi hadiah kepada guru?
Sangat penting untuk mendidik anak-anak menghargai jasa guru. Mereka tidak tahu jika tidak dilatih. Tugas ibubapa untuk mengasuh dan mendidik anak menghayati sumbangan guru. Tanpa guru, siapalah kita?

Hadiah tidak seberapa tetapi apabila hasil kerja anak murid pasti guru sangat gembira. Tanda anak murid menghargai guru pasti guru akan gembira.

Azfar dan Azwar teruja untuk menulis pada frame gambar ucapan hari guru. Sop buat satu contoh, mereka pun tiru. Aktiviti menulis, membukus selesai hingga tengah malam. Berkobar-kobar Azfar dan Azwar hendak menyerahkan hadiah tersebut kepada guru-guru mereka.

Semoga mereka akan faham dengan jasa guru dan akan belajar dengan baik. Ilmu yang diajar oleh guru akan berkat dan akan menjadikan mereka anak murid cemerlang, Insyaallah.

Sedia untuk menulis
Dekat sampul hadiah pun kena tulis ucapan
Nama mesti ada, baru tahu siapa bagi kan? hehehe
Tumpuan sepenuhnya, maklum baru pandai menulis katakan,, heheh
Yey! Semua sudah siap
Tengok cikgu, ini untuk cikgu :)
Biasa tulis atas buku, ini atas frame gambar, mesti susah.. hehehe
Trademark love tanda sayang cikgu :)
Sedia untuk bagi kepada cikgu Azwar :)
Bertukus lumus siapkan hadiah, layan....
Kepada cikgu ....... :)
Bungkus mesti cantik, x boleh senget tau.. huhuhu
Sedia untuk dibungkus pula... :)


EmoticonEmoticon