01 May 2012

Cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Semoga ceria-ceria selalu :)

Sejak kebelakangan ini, Sop dan keluarga selalu ke IKEA lebih-lebih lagi setelah menyertai IKEA eFluencers Programme. Oleh itu, banyak juga entry tentang IKEA dan produk akan dikongsi. Sedikit imbuhan yang Sop dapat dari program tersebut bolehlah berkongsi dengan rakan-rakan. Cabutan bertuah ini akan Sop adakan setiap bulan hingga Ogos 2012. Hadiah bergantung kepada barang yang Sop beli di IKEA yer. Jika produk besar atau mudah pecah, susah juga hendak pos nanti jika pememang luar dari Kuala Lumpur :) Jadi, Sop beli barang yang menarik dan mudah untuk penghantaran.

banner cabutan bertuah
Jom sertai cabutan bertuah @Riwayat Hariku yang pertama barangan IKEA iaitu Lampu LAMPAN IKEA. Maklumat lanjut mengenai Lampu LAMPAN IKEA ini di laman IKEA. Murah tetapi sangat cantik dan menarik! Untuk cabutan bertuah ini, warna yang Sop beli ialah warna putih.

Untuk sertai cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA ini, ikuti langkah mudah berikut:
  • Buat satu entry pada blog, web, forum atau laman facebook.com tentang cabutan bertuah ini. 
  • Penulisan adalah bebas. Paling ringkas pun diterima seperti: "Saya sertai cabutan bertuah di blog gnesop.com [link peraduan ini]" Jika panjang lagi baik :) Hendak copy entry ini pun boleh!
  • Masukkan banner peraduan dan link
  • Tinggalkan link entry blog atau facebook anda (link makluman cabutan bertuah) ke ruangan komen di entry ini.
Langkah lain seperti follow blog ini, tag kawan, share pada laman sosial, like FB dan sebagainya tidak wajib. Jika anda hendak buat, sangat-sangat dialu-alukan :) Hehehehe

Cabutan bertuah akan dibuat menggunakan random.org melalui senarai penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2012.

Apa tunggu lagi, jom sertai sekarang. Mungkin anda peserta yang bertuah kali ini?


EmoticonEmoticon