27 May 2012

Auni seronok berada dalam baby carrier

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa itu baby carrier?
Bahasa Malaysia apa yer? Kira kain untuk kendong bayi, boleh kot? Huhuhi

Dulu masa kat kampung, ibu-ibu guna kain baik sahaja, fungsi sama untuk meletak anak dan kendong. Memudahkan ibu-ibu buat kerja rumah dengan pegang bayi. Tapi sekarang telah dipermodenkan. Jika kain batik, pasti ramai tidak pakai bawa jalan-jalan.

Dengan baby carrier, memang ibu-ibu tidak malu bawa berjalan kerana design yang moden dan menarik. Ada banyak jenis yang dijual di pasaran sekarang.

Paling penting, ia memudahkan ibu bapa mendukung bayi. Jika hendak menyusu ibu pun mudah, boleh lindung-lindung proses penyusuan.

Baby carrier yang Sop beli ada dijual di Jaya Jusco. Harga hanya RM59.90 dan design juga menarik. Namun begitu, hanya satu jenis yang dijual tetapi berlainan corak kain.

Masa menggunakan baby carrier tersebut, Auni memang suka. Duduk di dalamnya dapat tidur dengan lena. Bukan sahaja selesa tetapi dekat dengan ibu bapa. Bayi tidak suka tidur tanpa orang berada di sisinya.

Walaupun memudahkan, jika bayi berat pasti lenguh juga. Tapi yang pasti, lebih mengurangkan beban berbanding pegang begitu sahaja tanpa sokongan baby carrier.

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon