22 April 2012

Tips dan petua bagi bayi kuning

Selamat sejahtera kepada semua. Moga ceria selalu :)

Bayi yang baru lahir mendapat penyakit kuning bagaikan perkara biasa kerana dewasa ini ramai yang mendapatnya. Tiada ubat untuk penyakit kuning bagi bayi tetapi petua bagi masyarakat melayu sangat banyak. Antara maklumat yang Sop terima adalah seperti berikut:
+ minum susu kambing
+ mandikan dengan air rebusan daun belimbing
+ mandikan dengan air rebusan daun kering
+ mandikan dengan air rebusan kacang kuda
+ meletakkan sekuang cina pada dahi

Itu antara petua yang Sop dapat dari cadangan jiran dan rakan-rakan. Namun dari cadangan doktor, hanya perlu bagi minum susu ibu dan beri dedah kepada cahaya matahari. Ibu tidak dibenarkan makan halia, kunyit dan jamu bersalin. Cara lain ialah letak di bawah cahaya mampu biru. Di hospital biasa kita lihat jika bayi kuning.

Mana petua yang berkesan tidak dapat dipastikan. Ia sekadar berusaha untuk memastikan bayi sembuh.

Sop telah bawa Baby Auni ke klinik kesihatan selepas jururawat yang datang ke rumah sebanyak 3 kali memakai kuning belum reda. Tujuan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan darah dan hasil ujian darah mendapati tahap Baby Auni berada di tahap biasa. Doktor di pusat kesihatan meminta ujian darah di buat setiap hari. Oleh kerana Sabtu dan Ahad pusat kesihatan tidak buka, doktor minta buat pemeriksaan di HKL. Tips yang doktor tersebut bagi ialah bagi bayi terdedah dengan cahaya matahari, bukan secara terus tau :) dan beri susu ibu secara berterusan (banyak).

Hari ini bawa Baby Auni ke HKL dan ujian darah dapati tahap darah masih biasa. Ada kuning tetapi tidak kritikal dan tidak perlu dimasukkan ke wad. Sop ada bertanya tentang lampu biru, dan doktor memaklumkan ia masih tidak perlu dengan keputusan ujian sekarang. Tips yang sama diberikan iaitu dedahkan kepada cahaya matahari pagi dan beri susu. Jika susu ibu tidak cukup, boleh tambah dengan susu formula kerana susu sangat penting untuk menangani masalah kuning. Jika kuning telah turun sehingga ke kaki atau ada demam, baru bayi di bawa jumpa doktor kembali.

Bagi ibubapa pasti risau jika anak ada kuning. Petua-petua yang ada boleh di guna untuk mengenangkan emosi dan sekadar berusaha. Jika tidak mengambil sebarang tindakan, ia seperti kita tidak mengambil kesah pula. Hakikatnya, penyakit kuning akan baik dengan sendiri dan tiada ubat buat masa ini.

Paling penting kita berdoa kepada tuhan agar bayi kita sihat.







EmoticonEmoticon