12 April 2012

Telur separuh masak tidak basuh

telur separuh masak
Gambar hiasan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Moga sihat selalu bersamping mereka yang tersayang.

Suka makan telur separuh masak?
Sop kadang-kala makelan juga. Malah, Azfar dan Azwar selalu minta telur separuh masak apabila bersarapan di kedai mamak. Walaupun harga lebih mahal berbanding masak sendiri tetapi masih juga hendak makan di kedai mamak telur separuh masak tersebut. Ada kedai yang kenakan sebiji dengan harga RM1 untuk telur separuh masak.

Namun bukan harga yang Sop ingin persoalkan tetapi kebersihan masakan kedai makan. Sebelum ini pernah mendengar tentang makan roti telur tahi ayam? Nampak seperti mengotorkan tetapi itu hakikat apabila ada peniaga roti canai yang tidak membasuh telur untuk diguna membuat roti telur. Biasanya kita tidak perasan apabila telur yang diguna tidak didedah begitu sahaja. Jadi kita tidak pasti sama ada telur telah dibasuh untuk digunakan. Bayangkan telur dari bekas telur tidak dibasuh terus ambil untuk dipecahkan ke roti canai atau tosei. Kesan kotor dari telur dipegang pula pada makanan, sangat menggelikan bukan?

Baru ini Sop berserapan di kedai mamak yang selalu Sop singgah. Hari tersebut memesan telur separuh masak. Apabila menerima telur tersebut, nampak dengan jelas telur tersebut tidak dibasuh! Hilang selera hendak makan telur separuh masak dengan roti telur yang dipesan.

Sesetengah kedai peka terhadap perkara ini dan Sop lihat banyak kedai yang menyediakan roti canai telah basuh telur tersebut. Kita boleh lihat telur yang diletak di tepi tempat buat roti canai kelihatan bersih dan tidak diletak dalam sarung telur. Jika telur masih berada dalam sarung telur, kemungkinan besar telur tersebut belum dibasuh.Jika sudah basuh tetapi diletak kembali dalam bekas telur, pasti kotor kembali telur tersebut kerana bekas telur tersebut bukannya bersih!

Biasanya terus yang dimasukkan ke sarang diambil terus dari ladang telur. Memang ada yang masih terlekat dengan sisa-sisa najis ayam. Itu sebenarnya punca roti canai telur tahi ayam. Huhuhuhu

Mohon maaf jika entry ini membantut selera anda yang sedang makan :)


EmoticonEmoticon