17 April 2012

Proton PREVE 1.6 live dari showroom

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ingin mencari kereta baru?
Proton PREVE 1.6 baru mungkin boleh dipertimbangkan. P

Pada pendapat Sop ia kereta yang menarik, dan sesuai kepada semua golongan. Hasil dari melawat showroom tadi, Proton PREVE kelihatan sangat berjaya. Bagi yang inginkan kereta yang luas dan selesa, Proton PREVE adalah sesuai. Sop cuba duduk di hadapan, selesa, duduk di belakang, pun selesa. Boot belakang sangat luas dan besar, tiada masalah hendak masuk barang banyak!

Design dalaman sangat menarik dan kelihatan eklusif. Design luaran pula tidak kurang hebatnya. Kalau orang muda pakai, makeup sikit sahaja sudah nampak lebih garang!

Ciri-ciri Proton Inspira Sop lihat banyak terdapat pada Proton PREVE ini.

Harga yang ditawarkan juga menarik iaitu RM59990.00 OTR bagi 1.6 MT Metalik atau 1.6 CVT Metalik pada harga RM62900.00 OTR.

Maklumat penuh tentang Proton PREVE, sila layari www.protonpreve.com

Jom cuci mata:














EmoticonEmoticon