Perbezaan ER6N 2008, 2009 dan 2012
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu bersama keluarga yang tersayang.
Agak lama hendak bercerita tentang ER6N 2012 yang mana telah lama keluar tetapi tidak kesempatan untuk menjenguk! Sekali pandang, sangat menarik! Dua kali pandang, bertambah cantik! Jauh sungguh ketinggalan ER6N Sop yang model 2008. Jika dulu, apabila keluar model 2009 model 2008 seperti telah ketinggalan. Setiap pembaharuan yang dibuat oleh Kawasaki dengan ER6N menjadikan keluaran lama menjadi seperti ketinggalan. Tidak seperti Ducati yang mana setiap keluaran akan bertahan agak lama sehingga keluaran model baru. Pengguna tidak merasakan terkilan kerana setiap model akan keluar sama untuk masa panjang. Bagi Kawasaki ER6, perubahan terlalu cepat sehingga menjadikan keluaran lama sentiasa ketinggalan. Itu yang Sop rasa apabila terlalu cepat keluaran model terbaru!
Bagi keluaran Kawasaki ER6N 2012 banyak perubahan yang dibuat. Jika dilihat kepada perbezaan model 2008 dengan 2009 ia tidak begitu ketara. ER6N 2012 kelihatan lebih mantap dan kemas dengan ciri-ciri yang dipertingkat. Berikut adalah perbezaan yang boleh dilihat dengan jelas apabila dibuat perbandingan:
- Badan utama telah dipertingkat dengan palang berkembar. Sangat kelihatan menarik apabila berada pada ER6N
- Fairing dan lampu - kelihatan berbeza dan kedudukan lebih rendah berbanding model 2008 dan 2009
- Signal depan berada di tepi fairing lampu. Model 2008 dan 2009 signal berada di fairing tepi
- Bentuk tangki minyak - lebih rendah dan kelihatan mantap
- Tempat duduk berkembar - Jika model 2008 dan 2009 disatukan tempat duduk penumpang dengan penunggang, model 2012 telah dipisahkan. Kemungkinan ramai yang inginkan ia dipisahkan untuk memudah menjadikan ER6N "single sit"
- Lampu belakang - Sekali pandang seperti Z1000 model 2010 yang mana sangat menarik!
- Meter - jika model 2008 digital ialah meter kelajuan tetapi model 2009 digital ditukar kepada meter RPM. Namun model 2012 ia telah kembali seperti asal. Kedudukan meter juga telah berbeza yang mana telah terletak di atas handle.
- Eksos - Bentuk telah dipertingkat dan kelihatan lebih moden. Bunyi? Masih sama :)
EmoticonEmoticon