10 April 2012

Pemenang peraduan cadangan nama bayi Sop


Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih ingat dengan Peraduan cadangan nama bayi Sop?
Akhirnya Sop mendapat memilih nama cadangan untuk digunakan sebagai nama bakal bayi Sop yang ke 3. Bukan mudah untuk memilih kerana semua cadangan indah-indah belaka. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan cadangan Mrs Sop. Nama tersebut ialah:

Auni Awatif [Lemah lembutku, ketenangan Kesayanganku] oleh Annur Fitrah

Sop dan Mrs Sop suka dengan nama ini bukan sahaja kerana maksud tetapi juga nama yang jarang diguna sekarang dan sebutan juga lembut sahaja. Harap-harap lahir bayi nanti perempuan dan boleh digunakan nama ini :)

Tahniah kepada Annur Fitrah!

Untuk cabutan peserta bertuah pula, pemenangnya ialah:
Masukkan angka 1 hingga 13

Tadaaa! Pemenang telah dipilih oleh random.org

Tahniah kepada Nida!

Tahniah kepada pemenang dalam Peraduan cadangan nama bayi Sop.
Hadiah ini hanya saguhati. Hadiah sebenar telah rakan-rakan terima yang dicatat dalam buku amalan kerana membantu Sop.

Terima kasih tidak terhingga atas bantuan rakan-rakan dalam memberi cadangan.

Nota kaki: Pemenang akan dihubungi secara peribadi melalui emel.


EmoticonEmoticon