29 April 2012

Meja pelbagai guna - Nordby IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-seria selalu :)

Pernah dengar tentang "Bed Tray Nordby" oleh IKEA?
Rasanya ramai yang tahu dan jika belum tahu boleh teruskan membaca. Sop suka berkongsi tentang meja ini kerana sangat bermanfaat kepada Sop. :)

Pada asalnya, 'bed tray Nordby' ini Sop beli untuk persediaan Mrs Sop yang akan melahirkan bayi. Bolehlah Mrs Sop makan dengan mudah apabila berada di atas katil semasa berpantang.


Namun sebelum bersalin lagi, Sop telah rasmikan meja tersebut dengan anak-anak. Sop menggunakan meja tersebut untuk kegunaan laptop sama ada di atas katil atau juga di atas lantai. Sangat berguna kepada pengguna laptop yang mana pengguna tidak perlu diletak atas peha untuk menggunakannya. Malah, penggunaanya sangat selesa :)


Selain Sop, anak-anak juga menggunakan 'bed tray Nordby' ini sebagai meja membaca, mewarna dan menulis. Border yang ada pada 'bed tray Nordby' ini boleh mengelakkan dari buku dan pencil jatuh dari 'bed tray Nordby' ini. Sangat membantu :)


Selepas Mrs Sop bersalin, proses berpantang 2 minggu pertama di rumah mertua. Oleh itu meja tidak digunakan lagi kerana Sop tidak membawa 'bed tray Nordby' ini ke sana. Selepas balik ke rumah, meja ini terus digunakan oleh Mrs Sop. Sangat selesa untuk diletakkan masakan dan minuman. Bagi mereka hendak gunakan sebagai meja makan anak-anak juga sesuai kerana ruang yang luas untuk makanan dan ada border yang menghalang dari pinggan dan minuman jatuh.

Malah Sop suka dengan design yang ringkas dan padat. Mudah untuk simpan dan menggunakannya. 'Bed tray Nordby' yang ringan juga memudahkan dibawa ke mana-mana :)


Semasa Sop pergi beli meja ini dulu, memang ramai yang membelinya. Harganya sangat bersesuaian. Hanya RM19.90 tetapi pelbagai guna. Ini dikatakan "memang membeli, menang memakai" betul ker peribahasa tersebut? Hehehehe

Kepada yang berminat, bolehlah ke IKEA untuk mendapatkan 'bed tray Nordby' ini :)
Jika untuk melihat produk terbaru IKEA, sila lawat http://www.ikea.com/my/en/catalog/news/departments/

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon