01 April 2012

Mata Azfar bengkak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semalam ke kenduri rakan Mrs Sop di Taman Rekreasi Keramat. habis sahaja kenduri, Azfar dan Azwar berlari ke padang permainan.

Selepas kenduri dan bermain, kami pun balik. Di rumah baru kami perasaan mata Azfar biru dan bengkak. Bila ditanya baru dia maklum yang terkena semasa bermain tadi.

Sop pun letak ais untuk memastikan bengkak surut lebih cepat tetapi hari ini masih bengkak.

Ada petua untuk memastikan surut bengkak cepat?



EmoticonEmoticon