08 April 2012

Jom mewarna dengan cat air

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berwarna menggunakan cat air pasti tidak digemari oleh ibubapa untuk dilakukan oleh anak-anak kerana boleh mencomotkan rumah dan juga anak-anak sendiri.

Tetapi ia sebenarnya aktiviti pembelajaran yang menyorokkan. Teringat semasa sekolah dulu yang mana cikgu akan meminta murid membawa dahan pisang, buluh dan sebagainya yang alam di jadikan sebagai seni cop.

Kenapa kita hanya mengharapkan cikgu untuk anak kita belajar? Pengalaman semasa kita belajar dulu boleh diberi kepada anak-anak. Cuba cari dahan pisang tetapi tiada pula berhampiran rumah! Baru hendak bagi Azfar dan Azwar buat seni cop.

Buat masa ini, Sop bagi dahulu mana lukisan. Mereka belum lagi biasa dengan aktiviti mewarna cat air.
Dalam masa yang sama, mereka diajar menjaga kebersihan menggunakan cat air. Jika tidak, mahu satu rumah dipenuhi dengan cat :)

Jom mewarna!









EmoticonEmoticon