25 April 2012

Ingin fokus dengan dunia blog?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu disamping orang yang tersayang. :)

Menulis blog untuk kepuasan diri?
Bila ingin lebih fokus dan berblog secara lebih serius?

Membina blog sangat mudah sekarang ini. Tidak kira menggunakan Blogspot atau Word Press atau jugan platform lain. Biasanya dengan hanya 1 klik, blog anda akan tersedia. Dengan sedikit kemahiran, pengetahuan, sumber tutorial dan sebagainya, blog telah dibina dengan baik.

Namun begitu, untuk penyelenggaraan blog itu yang susah.
Paling utama bagi sebuah blog ialah?
a) Template
b) Jenis blog
c) Isi blog
d) Kualiti gambar

Sila angkat tangan, siapa boleh jawab yer, hehehehe [merapu la pulak!!]

Apabila penulisan blog sangat baik, sentiasa memberi kemaskini isi blog, perkongsian yang berguna dan lain-lain, blog akan mendapat sambutan yang ramai. Ciri-ciri lain seperti template, hiasan, promosi, SEO dan sebagainya adalah pembantu kepada kejayaan blog.

Setelah sekian lama berblog, adakah kita masih kekal di takuk lama?
Jumlah pelawat masih sama seperti tahun lepas?
Tiada hasil dari blog anda?

Pelbagai persoalan yang boleh diwujudkan dalam diri kita. Jika jawapan kita masih ingin kekal dan tidak ingin meneroka lebih jauh, anda boleh lupakan hasrat untuk fokus dalam dunia blogging. Setiap langkah perubahan yang diambil akan membawa kepada kejayaan.

Dikala ini, Sop ingin sangat fokus dengan blogging dan cuba untuk mendapat pendapatan tetap dengannya. Ramai blogger yang mampu tersenyum dengan hasil blog mereka setiap bulan. Tapi Sop? Masih lagi terkial-kial mencari trafik. Sop belum fokus sepenuhnya dengan blog!

Untuk fokus, blogger perlu mempunyai matlamat dalam dunia blogging. Jika kita mempunyai matlamat yang ingin dicapai, maka kita akan berusaha kearah tersebut. Sop akui bukan mudah untuk terus berjaya seperti blogger-blogger yang lama yang mana mempunyai aura tertentu. Jika mereka boleh, kenapa kita tidak?

Jika dilihat kepada kejayaan blogger memprolehi ribuan ringgit setiap bulan, kebanyakkan ia hasil dari penulisan pengiklanan (Advertorial). Setiap penulisan pengiklanan, blogger mampu memprolehi pendapatan 300 - 500 ringgit. Menarik atau tidak?

Bagaimana hendak mendapat penulisan pengiklanan ini?
Ini yang perlu kita usahakan. Ia bermula dari penulisan blog. Jika penulisan kita baik, pelawat akan tinggi, dan pengiklan suka dengan blog yang mempunyai konten yang baik. Untuk itu, kita perlu perbaiki penulisan blog dan cuba mendapatkan trafik yang tinggi. Kemudian, promosi blog kepada pengiklanan untuk perkenalkan diri. Promosi diri dalam banyak cara boleh dilakukan seperti sentiasa sertai acara pengiklanan, banyak bertanya, berbual dan cuba tarik perhatian pengiklan. Dan juga, berkawan dengan blogger yang biasa dengan pengiklanan dan minta beliau bantu memperkenalkan kepada pengiklan. Jika blog kita bagus, rakan blogger yang selalu terlibat tidak akan susah untuk mempromosi blog kita.

Setiap blogger separuh masa mempunyai kengkangan masa dan ruang. Ia membantaskan kemampuan blogger untuk lebih fokus. Untuk itu, kita perlu merancang dalam pembangunan blog. Pastikan kekal aktif dan sentiasa membuat entry yang terbaik.

"Usaha tangga kejayaan".

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon