06 April 2012

Beg persediaan bersalin

Selamat sejahtera semua rakan.
Moga sihat selalu :)

Hari ini Sop ingin bercerita tentang beg persediaan bersalin yang mana telah disiapkan sejak kandungan telah masuk 8 bulan. Antara kelengkapan yang ada dalam beg tersebut ialah peralatan bayi seperti baju dan lampin. Barang keperluan Mrs Sop juga disediakan sekali.

Adalah penting untuk menyediakan beg keperluan lebih awal untuk mengelak dari kelam kabut apabila hendak bersalin nanti. Kita boleh pastikan keperluan asas di sediakan. Jika minit terakhir baru hendak disiapkan, pasti ada yang tertinggal nanti.

Agak lama juga tersedia beg tersebut di rumah. Mana kita jangka, tiba-tiba hendak bersalin awal, pasti kelam kabut bukan?

2 minggu lepas, beg tersebut telah dimasukkan ke dalam bot kereta. Ini kerana bila-bila masa boleh bersalin. Sekurang-kurang nya kami telah bersedia dan tidak perlu susah-sudah hendak fikir tentang beg lagi. Hendak bersalin sahaja, terus ke hospital :)

Pengalaman Sop sebelum ini, apabila Mrs Sop hendak bersalin, pasti akan cemas. Jika tidak bersedia dari awal, pasti akan susah untuk ke hospital.

Kepada yang akan bersalin, pastikan kelengkapan asas disediakan lebih awal. Jika hospital jauh, pasti sukar nanti apabila ada barang yang tertinggal nanti.

Nota kaki: Mrs Sop sudah sakit sikit-sikit tetapi belum lagi kerap. Tunggu hingga sakit setiap 5 atau 30 minit baru ke hospital. Doakan agar semua akan selamat yer. Amin

2 comments:

  1. wahh dah get ready.bagus2..kene prepare awal2.kang kelam kabut w/p dh de pgalaman dua org hero kan.

    insyaAllah mas doakan akak n baby sihat & selamat. tak sabar nak tengok baby girl chomel keluar.amin

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon