08 March 2012

Tak Nak: Rumusan hari ketiga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Riwayat Hariku.

Alhamdulillah, perkembangan untuk program Tak Nak bagi hari ini berjalan lancar. Cabaran untuk merokok sebanyak 6 batang pada hari ini tercapai. Untuk makluman, sepanjang hari ini hanya 5 batang rokok sahaja yang Sop isap.

Hari ini, kesan tidak merokok mula terasa yang mana pada tengah hari tadi terasa sangat mengantuk. Pada sebelah petang pula, agak keadaan agak gelisah terutama ketika waktu lapang. Pada kebiasaan, pada waktu lapang atau waktu tertekan, merokok adalah aktiviti utama.

Rakan-rakan juga telah mula faham dengan situasi Sop yang sedang cuba untuk berhenti. Namun begitu, ada yang turut pelawa juga. Apabila dipelawa, laju sahaja Sop mengikutnya :) Dimasa yang sama, Sop turut mengajak rakan-rakan yang merokok untuk bersama untuk cuba berhenti.

KPI untuk esok ialah 5 batang rokok sahaja. Tidak berani untuk meletak cabaran yang terlalu tinggi kerana jika tidak tercapai, semangat mudah patah. Biar pencapaian dan proses berhenti perlahan tetapi akhirnya berjaya berhenti sepenuhnya.

Terima kasih kerana menbaca entry ini.


EmoticonEmoticon