Pengalaman guna Windows 8 - Bhgn 2
Baca Juga
Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Telah baca Pengalaman guna Windows 8 - Bhgn 1? Jika belum, sila-sila baca kerana entry ini adalah sambungan dari bahagian 1.
Setelah siap membuat pemasangan Windows 8, paparan pertama mula keluar. Wau! Menarik!
Sangkaan Sop pada peringkat awal mengenai Windows 8 adalah meleset. Ini kerana terlalu banyak kelainan yang dibawa oleh Microsoft dalam Windows 8. Pengaruh tablet dan touch screen boleh dilihat dengan banyak dalam Windows 8. Antara kelainan yang boleh dilihat dengan jelas adalah seperti berikut:
Paparan depan
Setelah selepas pemasangan selesai atau 'log on', pengguna Windows 8 akan dibawa ke paparan depan atau 'start'. Jika sebelum ini, semua versi Windows paparan utama ialah dekstop. Pada 'start' akan dipapar semua program yang terdapat pada komputer. Sekali lihat, ia seperti Windows Mobile untuk telefon skrin sentuh.
Paparan depan tersebut juga menggantikan start menu yang diguna selama ini. Butang desktop ada disediakan jika ingin ke paparan dekstop. Di desktop ini, anda boleh menukar wallpaper, bina shortcut, widget dan sebagainya
Paparan depan atau start ini boleh diubah mengikut kehendak anda dari segi saiz butang, paparan, kedudukan dan sebagainya.
Susunan
Susunan dan kedudukan setiap butang banyak telah diubah. Contohnya butang shout down yang biasa berada di start menu telah diubah kepada sebelah kanan, virtual keyboard berada di bawah yang mana sebelum ini berada di atas bagi Windows 7 dan lain-lain lagi. Jika ke mode dekstop, tidak banyak perubahan berbanding versi sebelum ini. Mungkin ia dibina untuk memberi pilihan kepada pengguna yang kurang selesa dengan perubahan baru ini.
Program
Kebanyakkan program telah dinaiktaraf dalam Windows 8 ini seperti Internet Explore, Musik dan player, Photo gallery, Mail dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat beberapa program baru dalam Windows 8 ini seperti Maps, Calendar, Weather, Store dan sebagainya.
Prestasi
Prestasi sangat penting untuk setiap Operating System. Jika prestasi kurang lancer atau berat, pasti akan merisaukan pengguna yang mana perlu membuat naik taraf 'hardware' pula. Setakat tempoh percubaan Windows 8 ini, boleh dikatakan prestasinya sangat baik. Bukan sahaja lancar, pantas tetapi juga menjimatkan penggunaan bateri. Pengguna bateri lebih lama boleh bertahan dengan Windows 8 berbanding Windows 7 berdasarkan penggunaan Sop sebelum ini.
Dengan itu, pengguna Windows sedia ada tidak perlu untuk menaik taraf 'hardware' untuk menggunakan Windows 8 ini.
Setakat kini, Sop sangat berpuas hati dengan Windows 8 ini. Kelainan yang telah dibangunkan dalan Windows 8 menjadikan Sop terus teruja untuk explore dan mencuba. Selain itu, kelainan dalam Windows 8 ini memberi nafas dan pengelaman baru kepada pengguna Windows. Tahap kelajuan dan kelancaran Windows 8 juga sangat memuaskan. Laju!
Laptop Sop yang dilengkapi dengan skrin sentuh boleh dijadikan tablet sepenuhnya dengan menggunakan Windows 8 ini.
Bagi yang tidak pernah menggunakan tablet atau teknologi skrin sentuh, anda akan sedikit kekok apabila menggunakannya berbanding yang telah biasa. Walaupun Windows 8 lebih ke arah teknologi sentuhan tetapi ia masih sesuai dengan penggunaan mouse.
Terima kasih kerana membaca entry tentang perkongsian pengalaman Sop menggunakan Windows 8 ini.
Galeri gambar:
|
Paparan depan atau 'start' |
|
Ikan laga adalah symbol utama bagi Window 8 |
|
Virtual Keyboard dengan butang lebih besar |
|
Butang start menu yang petak dan auto hide |
|
Senarai program berbentuk butang pelbagai saiz boleh ubah |
|
Perlu sign in untuk menggunakan sesetengah program (seperti android) |
|
Paparan yang sangat berbeza |
|
Internet Explore telah dinaik taraf |
|
Store untuk memuat turun program seperti tablet. Ada percuma dan berbayar |
|
Lock Screen seperti tablet |
|
Butang menu yang sangat berbeza berbanding versi sebelum ini |
|
Paparan setting yang sangat berbeza |
Video:
EmoticonEmoticon