30 March 2012

Hujan di pagi hari bekerja

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry di pagi yang indah sementera tersadai tepi jalan kerana hujan.

Pagi tadi semasa bersiap untuk ke tempat kerja, cuaca telah menunjukkan hari akan hujan. Persiapan telah dipercepatkan untuk mengelak dari hujan turun lebih dahulu. Cuaca amat gelap sekali, jika hujan pasti akan lebat.

Dengan gopoh-gopoh Sop keluar dari rumah. Masa memulakan pejalanan, gerimis mula terasa. Sempat sampai ke pejabat jika cepat (detik hati Sop). Baru sahaja separuh pejalanan, bussss! Hujan semakin lebat! Tidak boleh jadi ini, pasti kuyup jika tidak berhenti. Kebetulan baju hujan telah ditinggalkan di pejabat kerana lupa hendak bawa balik. Kelmarin pakai kerana hati hujan juga. Apabila basah, jemur dahulu di pejabat dan terus lupa untuk ambil kembali.

Hari ini pasti lewat sampai ke pejabat. Waktu masuk pejabat ialah jam 8.00, sekarang jam 7.30 pagi. Hujan masih belum reda! Jika redah pasti basah kuyup! Macam mana hendak bekerja?

Terima kasih kerana membaca entry ini :)



EmoticonEmoticon