20 March 2012

Dipaksa klik iklan dalam diam?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Moga sihat-sihat selalu.

Pernah kena paksa klik iklan? Jika secara terang-terangan pasti kita marah atau bengang!
Bagaimana pula dengan cara diam-diam?

Sop terjumpa script dari rakan yang menggunakan popup windows iklan apabila klik pada butang. Paling menarik, butang tersebut adalah butang shoutbox. Jika klik butang shoutbox tetapi hanya link kepada iklan, memang penipu besar blogger tersebut. Ini tidak! Apabila klik, popup iklan dan shoutbox pun muncul pada butang shoutbox tersebut. Hebat sungguh script tersebut.

Mula-mula, Sop rasa penipu butang ini kerana menyediakan iklan pada butang. Jika menipu, shoutbox tidak keluar selepas menekan butang tersebut tetapi ini keluar.

Jika dilihat, memang banyak pengiklan yang menggunakan teknik seperti ini iaitu popunder, waiting link, survey, ads link dan sebagainya. Ia memaksa pelawat melawat link dalam kelembutan. Sungguh hebat!

Apa pandangan rakan-rakan tentang perkara ini?
Jika tidak kisah atau tiada masalah, nak sahaja Sop letak kod tersebut. Blogger yang blogwalking pasti akan cari shoutbox untuk tinggalkan jejak. Kayo pokcik! Hehehe

Jom kongsikan pendapat anda!


EmoticonEmoticon