27 March 2012

Bulatan jalan raya tidak sesuai lagi di Malaysia

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Jalan raya di Malaysia semakin hari semakin sibuk. Kenderaan semakin membanjiri jalan raya sehingga tiada ruang lagi untuk bergerak. Bagi bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan sebagainya, kesesakkan jalan raya menjadi lumrah. Warganya bagai sudah kalis dengan kesesakkan sehingga dianggap sebagai perkara biasa.

Bulatan di jalan raya digunakan dulu sebagai simpang untuk memudahkan pengguna mengambil laluan yang diperlukan. Ia sangat berguna dahulunya kerana tidak memerlukan lampu isyarat. Aturannya memudahkan untuk pengguna jalan raya jika dibandingkan dengan simpang empat.

Namun sekarang, adakah bulatan jalan raya masih sesuai?

Pada pendapat peribadi Sop, ia tidak lagi sesuai sekarang ini. Kebanyakkan apabila sampai ke bulatan, kesesakkan akan melanda. Kadang-kala sehingga tidak bergerak kenderaan di kawasan bulatan tersebut. Kenapa ini terjadi?

Beberapa faktor yang menyebabkan bulatan jalan raya tidak lagi sesuai iaitu kadar kenderaan yang telah bertambah. Apabila kenderaan terlalu banyak, aliran pergerakan kenderaan menjadi tersangkut. Tiada lagi aturan di sebelah laluan menjadi kosong!

Keduanya adalah sikap pemandu yang mana tiada lagi konsep memberi laluan. Masing-masing ingin mengejar untuk lalu dahulu tanpa menghiraukan pengguna lain. Sikap bertolak ansur tidak lagi wujud. Kesannya sering kali kita melihat jalan dibulatan sesak teruk. Masing-masing ingin mengambil laluan, masing-masing ingin bergerak, masing-masing hendak dulu. Jika diberi ruang, kita pula tidak dapat bergerak kerana masing-masing berlumba untuk bergerak!

Ketiganya kebanyakkan jalantelah dibuat lampu isyarat yang mana telah melatih pengguna mengikut aturan lampu isyarat. Apabila tiada lampu isyarat, pengguna menjadi hilang arah dan wujud sikap "aku dulu". Dalam keadaan ini, banyak bulatan jalan raya telah diletak lampu isyarat juga.

Tidak dimasukkan dalam silubus mengambil lesen! Pemandu tidak diberi maklumat jika di bulatan, perlu bertimbang rasa dan bertolak ansur :) Perlu diajar ke untuk menggunakan bulatan? Atau apabila lampu isyarat rosak, perlu mengambil nombor? Hahahaha

Oleh itu, berhati-hati memandu dan menjadi pemandu yang bertimbang rasa.
Pesanan kempen pemanduan berhemah ini dibawa khas oleh Riwayat Hariku :)


EmoticonEmoticon