15 February 2012

Tukar kepada U Mobile pulak

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga dirahmati dan dilindungiNya selalu. Amin

Sebelum ini, Sop ada entry tentang masalah talian DiGi di rumah Sop. Kemudian, terdapat entry yang berkaitan dimana Sop mencuba talian U Mobile dengan menggunakan prepaid.

Hasil dari percubaan tersebut, Sop telah mengisi borang pertukaran talian dari DiGi ke U Mobile. Tujuan penukaran talian adalah untuk mengekalkan nombor sedia ada. Sayang juga hendak tukar nombor kerana ramai kawan telah tahu nombor tersebut dan nombornya agak cantik juga.

Malam tadi telah mendapat SMS dari U Mobile tentang pertukaran tersebut telah diproses. Kini hanya perlu menunggu kelulusan dari DiGi sahaja. Jika semua berjalan lancar, proses pertukaran akan berjaya.

Apabila talian teruk, bukan sahaja rasa rugi dengan pakej yang diambil tetapi juga terseksa apabila cuba berada ditalian. Mood untuk online terus terbantut!

Untuk pakej U Mobile, Sop hanya mengambil pakej U28 sahaja. Kouta 1G rasanya mencukupi kerana talian internet pejabat telah 'ok'. Sebelum ini, 3G pun tidak mencukupi kerana pejabat Sop jadikan telefon sebagai modem.

Semoga dengan talian lebih baik, mood untuk berblogging akan meningkat kembali.

Terima kasih kerana menbaca entry ini.


EmoticonEmoticon