Tempat wajib jika ke Jusco
Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Setiap orang mempunyai tempat kegemaran untuk singgah. Jika Sop, mungkin kedai mamak yang menjadi tempat pilihan untuk melepak. Bagi Azwar dan Azfar, jika ke Jusco pasti tidak melepaskan peluang untuk bermain di pusat permainan Jusco. Rasanya telah berapa banyak sudah datang tetapi masih tidak jemu-jemu.
Sebab itu juga Jusco menjadi tempat pilihan untuk berjalan-jalan. Kadang-kala memang mereka minta untuk ke Jusco jika telah lama tidak singgah.
Untuk bermain, biasanya Sop peruntukan hanya RM5 sahaja untuk menukar token. Namun ada juga memang singgah tanpa menukar token. Jadi, hanya berpeluang untuk tengok dan pegang-pegang sahaja. Itupun sudah mencukupi untuk Azfar dan Azwar.
Paling best, bila bagi token kepada Azfar, dia tidak terus bermain. Hanya cuba-cuba dan tengok dahulu. Mungkin sayang untuk gunakan token tersebut. Tetapi tidak bagi Azwar, dapat sahaja token, dia terus bermain permainan yang dia hendak. Oleh sebab itu, selalu bila token habis, beliau akan cuba nendapatkan token Azfar pula. Iks iks iks
Apa-apapun, sekali sekala "ok" lah. Kalau selalu, mahu botak kepala papa dan mama dia. Hahaha
Terima kasih kerana membaca entry ini.
EmoticonEmoticon