26 February 2012

Sambutan Hari Lahir Azfar dan Azwar 2012

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga dilimpahi kerahmatanNya selalu :)

Sambutan ulang tahun kelahiran Azfar dan Azwar diadakan semalam (Sabtu) secara sederhana yang mana dilakukan tanpa perancangan. Hanya sekadar membuat makan-makan biasa dengan kehadiran ahli kelurga sahaja. Ucapan hari lahir telah dibuat dalam blog pada entry yang lepas (Azfar dan Azwar)

Kami hanya menyediakan sedikit makanan untuk sambutan ulang tahun kelahiran tersebut. Menu yang disediakan oleh Sop ialah steamboat, nasi goreng dan daging kambing. Manakala makcik Azfar dan Azwar (Nyah) membawa spageti dan kek ditaja oleh Mak Busu (Kak Chik) beliau.

Selepas siap semua hidangan, kami terus menjamu selera. Sambil itu, baru aktiviti memotong kek diadakan. Jika sambutan hari lahir tiada kek mesti tidak sah, kan? Kanak-kanak telah sebati dengan sambutan hari lahir dengan kek. Besar atau kecik tidak menjadi masalah yang penting ia adalah kek :)

Selepas memotong kek, Azfar, Azwar, Annas dan Alya di bawa ke kolam untuk mandi manda. Huhuhu

Galeri gambar:















EmoticonEmoticon