25 February 2012

Ramai orang kat Carrefour Wangsa Maju

Salam 1Malaysiavoepada semua rakan.

Sedang beratur untuk bayar di kaunter Carrefour dan guna kesempatan untuk buat entry. Oleh kerana ramai yang membeli belah hari ini, pembeli terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran.

Bila minggu gaji, perkara biasa untuk kita membeli barang keperluan harian. Mudah apabila beli siap-siap keperluan biasa. Tidak perlu banyak kali ulang-ulang membeli barang.

Biasa pada waktu begini, jika hendak beli satu atau dua barang, baik lupakan niat itu. Tidak berbaloi untuk beratur panjang semata-mata hendak beli sedikit barang. Baik beli kat mini market atau kedai runcit sahaja.

Selain itu, hari Sabtu merupakan hari tanpa plastik. Pastikan membawa beg atau plastik sendiri. Jika tidak, setiap satu plastik akan dikenakan cas 20sen. Kalau 10 keping, dah habis RM 2 untuk plastik! Atau, elakkan membeli-belah pada hari Sabtu :)

Terima kasih kerana membaca entry ini.
Nota kaki: Entry dah habis masih belum boleh bayar. Berapa punya lama da? Huhuhu



EmoticonEmoticon