17 February 2012

Perkhidmatan bengkel motosikal yang teruk!

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Pagi yang berangin walaupun pun tiada angin. Angin datang sebab datang dari geram sesangat.

Apasal ni Sop?
Semalam motor pancit, kemudian petang tukar tayar baru tubeless lagi untuk mengelak masalah bocor selalu. Pagi ini masa hendak pergi kerja, bocor lagi! Mana tidak geram!

Masa tukar semalam, kedai tersebut buat lebih kurang sahaja. Perkhidmatan yang teruk! Pagi ini bila bawa ke bengkel dekat rumah, pomen sini memaklumkan tayar yang ditukar bukan betul-betul tubeless! Mana tidak angin! Sudahlah servis teruk, kena tipu lagi!

Harap kedai bengkel tersebut bankrap! Hahaha
Mana tidaknya, kalau menipu sahaja kerjanya. Mesti tidak lama bertahan. Masa depan kedai bukan main, panggil semua motosikal yang lalu untuk masuk ke kedainya. Di situ memang banyak pilihan kedai.

Bagi yang pakai motosikal, jangan pergi ke kedai kawasan simpang empat sebelum Maju Junction. Di situ ada banyak kedai bengkel motosikal. Ada seorang pomen berada di tepi jalan untuk menarik penunggang untuk berhenti baiki motosikal. Jika terdesak, pilih kedai-kedai yang tengah.

Terima kasih kerana membaca entry ala-ala luahan perasaan ini. Huhuhu



EmoticonEmoticon