Jom tebuk railing langsir
Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Selamat menyambut Maulidur Rasul.
Aktiviti tebuk menebuk dilakukan semalam tetapi hati ini baru berkesempatan membuat entry. Sebelum ini, ada entry mengenai sliding rumah yang belum dipasang langsir kerana tiada drill. Kemudian entry berkaitan pula adalah drill telah dimiliki dengan membeli drill terpakai.
Sebelum ini, Sop pernah bertanyakan tentang memasang railing langsir pada syarikat ubahsuai yang terdapat di bawah rumah. Kos amat tinggi dan rasa tidak berbaloi. Harga railing yang dipilih (design adalah menarik) dengan kos pemasangan ialah RM280. Jika pasang sendiri, banyak kos boleh dijimatkan. Sop telah membeli railing di IKEA yang mana boleh diselaras panjang pendek dan kos baru hanya RM39.90 sebatang. Untuk menjadikan 2 layer, Sop perlu beli 2 batang. Malah dengan membeli railing langsir boleh laras, Sop tiada masalah untuk membawa laik melalui lif. Panjang pintu sliding rumah Sop ialah 12 kaki, adalah mustahil untuk membawa masuk railing langsir panjang itu (jika beli railing langsir biasa).
Dengan sedikit asas, tiada masalah untuk memasang sendiri railing. Hanya tanda, tebuk dan ikat. Mudah sahaja bukan?
Oleh itu, jika perkara yang mudah dan boleh dilakukan sendiri, adalah berbaloi buat sendiri. Bukan sahaja boleh berjimat tetapi anggap sebagai senaman juga. Berpeluh-peluh juga aktiviti tebuk-memebuk dan mengikat tersebut :)
Sekarang langsir telah tersedia pasang. Langsir yang di rumah lama masih boleh diguna pakai. Tidak perlu buat baru lagi.
Sekarang ini, hanya frame-frame hiasan yang belum digantung. Mungkin pada hari yang akan datang. Tidak perlu tergopoh-gopoh kerana drill telah ada :)
Terima kasih kerana membaca entry ini.
EmoticonEmoticon