16 February 2012

Jom beli barang bayi

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Semoga dalam keadaan sihat selalu.

Jom beli barang bayi di Festival City, Danau Kota. Terdapat beberapa kedai/butik yang menjual barangan bayi. Ia terletak di tingkat 3 Festival City.

Agak lama Sop tidak membeli barang bayi sejak anak-anak telah besar. Kali ini, agak teruja juga membeli kerana bayi yang bakal lahir kemungkinan besar adalah perempuan. Telah beberapa kali scan, doktor memaklumkan perempuan. Oleh sebab itu, barang-barang bayi perempuan mula dibeli. Risau juga mana tahu tiba-tiba lahir nanti lelaki? Semuanya adalah kekuasaanNya dan penentu segala-galanya.

Tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting sihat dan cukup sifat dan besar nanti menjadi umat yang baik.

Setakat ini, persediaan bayi telah dilakukan. Beg untuk mama dia pun telah disediakan. Ketika kandungan 8 bulan, kami harus bersedia. Mana tahu tiba-tiba hendak beranak? Takkan baru hendak berkemaskan? Kalau kelam kabut, pasti banyak yang akan tercicir dan terlupa nanti. Lagi-lagi jika tengah malam :)

Semoga kelahiran bayi kali ini juga berjalan dengan lancar.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)




EmoticonEmoticon