31 January 2012

Siapa ada sewa drill heavy duty?

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga hari ini lebih baik dari semalam :)

Jika dilihat pada gambar pintu sliding di bawah, apa yang kurang?
Ya, betul! Langsir tiada. Sop masih belum berpeluang untuk menggantung langsir kerana beli railing belum lagi dapat di pasang. Railing telah dibeli dari IKEA tetapi tidak dapat ditebuk kerana tiada drill heavy duty. Drill biasa Sop ada tetapi tidak mampu menebuk dinding di rumah Sop.

Dinding rumah Sop ini jenis konkrit dan amat keras. Berbeza dengan rumah Sop di Setapak yang menggunakan dinding batu bata. Drill biasa pun mampu menebuk lubang tanpa masalah. Dalam bilik telah Sop tebuk guna drill biasa tetapi sangat bermasalah. Bukan sahaja susah tetapi lama hendak berlubang dan kesannya mata drill habis rosak.

Jika drill heavy duty, tahap kekuatannya sangat berbeza. Tiada sebarang masalah untuk menebuk konkrit tiang sekalipun. Oleh sebab itu, Sop amat memerlukannya untuk menebuk dinding.

Kepada rakan-rakan yang memiliki drill heavy duty, boleh boleh meminjamkan kepada Sop. Hanya 1 hari diperlukan untuk menebuk lubang. Sop tiada masalah untuk menebuk sendiri.

Boleh pinjam? Hehehe



EmoticonEmoticon