02 January 2012

Selamat sampai ke rumah

Salam 1Malaysia kepada rakan-rakan.

Alhamdulillah, Sop sekeluarga selamat sampai ke rumah. Perjalanan hari ini agak perlahan berbanding biasa. Mungkin kerana perlahan di sepanjang jalan negeri dan kesesakan semasa di Kemaman, Terengganu. Terdapat lencongan kerana kerja-kerja membina jambatan sedang dilakukan.

Di Kuala Kemaman sempat singgah di kedai makan Aziz Satar untuk makan tengah hari. Oleh kerana agak lewat tiba, lauk nasi campur telah kehabisan. Kami hanya makan laksam, sotong goreng dan satar sahaja.

Sepanjang perjalanan adalah hujan dan gerimis. Hanya tiba di Kuala Lumpur cuaca kembali baik. Agak penat juga memandu apabila keadaan badan kurang sihat.

Terima kasih kerana membaca entry ringkas ini.





EmoticonEmoticon