25 January 2012

Mandi-manda di Taman Tema Air Bukit Gambang

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Ini adalah entry sambungan kepada percutian ke Bukit Gambang.

Tujuan utama ke Bukit Gambang ialah untuk mandi-manda di Taman Tema Air Bukit Gambang.

Secara keseluruhan, Taman Tema Air Bukit Gambang boleh disamakan dengan Taman Tema Air Sunway Lagoon. Konsep yang sama dan jenis permainan lebih kurang sama. Malah jika dilihat pada Taman Air di Malaysia, kebanyakkan mempunyai ciri-ciri yang sama.

Kami memulakan aktiviti ke Taman Tema Air Bukit Gambang pada jam 9.00 pagi. Dari Bukit Gambang Resort City, kami menggunakan bas jentolak yang dikenakan tiket RM 2 seorang untuk pergi dan balik.

Sampai di Taman Tema Air Bukit Gambang, kelihatan pengunjung telah ramai datang membeli tiket. Ada yang datang seawal 7 pagi untuk mengelak kesesakan terutama pengunjung dari sekitar Pahang yang mana mereka tidak menginap di resort. Azfar dan Azwar telah berpakaian mandi dari resort lagi.

Sebelum masuk, pengunjung akan di periksa oleh petugas pintu masuk. Seperti biasa, makan luar tidak dibenarkan masuk.

Di dalam Taman Tema Air Bukit Gambang, kami menyewa pondok yang dipanggil Cabana dan pelampung. Cabana penting untuk disewa sebagai tempat berteduh, berehat dan menyimpan barang.

Seperti biasa, musim cuti taman tema akan dipenuhi dengan pengunjung. Setiap tempat dilimpahi dengan orang tetapi masih selesa untuk mandi-manda. Azfar dan Azwar paling seronok sehingga sentiasa ingin mandi-manda. Naik rehat sekejab, kemudian akan minta turun mandi lagi. Sop memang tidak kesempatan untuk mencuba permainan untuk orang dewasa. Terpaksa layan anak-anak kerana keselamatan adalah perkara utama perlu diambil perhatian. Setiap masa perlu mengawasi anak-anak. Terutama dengan jumlah pengunjung yang ramai.

Gerai makanan banyak disediakan di Taman Tema Air Bukit Gambang ini. Malah, pengunjung tidak perlu membawa duit tunai jika hendak membeli kerana anda boleh menggunakan sistem prepaid yang akan dimasukkan nilai dalam tag masuk anda. Anda boleh memasukkan jumlah secukupnya untuk memudahkan membeli dan menyewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Tema Air Bukit Gambang, sila lawat http://www.bgrc.com.my/WaterPark.html

Pada jam 2.00 petang, kami pun berangkat kembali ke resort. Petang tersebut, semua kepenatan! Hehehe

Galeri gambar:

















EmoticonEmoticon