06 January 2012

Lok-Lok & Steamboat

Salam 1Malaysia semua rakan.
Semoga ceria bersama dengan orang yang tersayang :)

Pernah makan Lok-Lok & Steamboat?
Sop baru pertama kali mencuba semasa meronda di VIVA Home. Pernah terdengar tentang Lok-Lok & Steamboat ini tetapi tidak kesempatan untuk mencuba.

Sop difahamkan ia terdapat di beberapa tempat tetapi Sop tidak pasti dimana lagi. Mungkin rakan-rakan boleh bantu.

Konsep yang digunakan ialah stramboat di atas van yang berwarna kuning. Ia akan parking di sesuatu tempat dan menjalankan perniagaan. Namun Lok-Lok & Steamboat di VIVA Home, vannya tidak lagi bergerak kerana ia berada di tingkat atas ruangan food court.  :)

Jika terjumpa van ini, pastikan anda singgah untuk menikmati keenakan Steamboatnya.





EmoticonEmoticon