04 January 2012

Gambar Hari Ini - Suaikenal murid pra

Salam 1Malaysia semua rakan.

Hari ini adalah hari pertama sekolah tahun 2012 bagi zon B seperti negeri WP, Selangor dan lain-lain. Bagi zon A telah memulakan sesi persekolahan semalam.

Walaupun ini hari pertama, Azfar tidak dapat hadir ke sekolah kerana telah demam campak. Hanya Sop yang pergi ke sesi taklimat pagi ini.

Kesian Azfar, beliau sangat hendak ke sekolah. Sejak hari cuti yang telah asyik bertanya bila akan bermula sekolah balik :)

Doktor telah bagi Azfar cuti selama seminggu. Jika pergi sekolah, akan menyebabkan murid lain pula berjangkit, lagi susah :)



EmoticonEmoticon