11 January 2012

Fibox sudah ada iklan!

Salam 1Malaysia semua rakan.

Setelah Shoutmix melabuhkan tirai perkhidmatan percuma tahun ini, variasi mesej ringkas mula bertambah dipasang pada blog-blog. Shoutmix dikatakan antara kotak mesej yang sangat baik dengan kelancaran, ciri-ciri spam, ringan dan sebagainya.

Kebelakangan ini ramai yang mula menggunakan Fibox untuk dijadikan kotak mesej. Dengan prestasi yang baik dan ciri-ciri tertentu dapat menarik ramai blogger memasangnya.

Malangnya baru 11 hari dari tahun baru, kelihatan muncul iklan pada Fibox. Bukan oleh blogger tetapi Fibox itu sendiri. Link yang ditinggalkan oleh blogger sebagai peninggalan jejak akan dimasukkan dengan link iklan adfly. Pelawat perlu menunggu beberapa saat sebelum dapat 'skip' iklan tersebut. Cara pengiklanan yang sangat menjengkelkan pada pendapat Sop.

Jika begini, tidak lama Fibox akan bertahan. Terlalu memikirkan keuntungan atau pendapatan. Baru sahaja kelihatan meningkat, telah mula mencari keuntungan. Jika banyak lagi mendapat sambutan, pasti akan sama dengan Shoutmix yang akan menamatkan perkhidmatan percuma.

Harap dapat jumpa dengan kotak mesej yang betul-betul percuma. Ada ker?

Nota kaki: Kotak mesej oleh busuk tidak kurang hebatnya. Hendak cuba juga nanti :)



EmoticonEmoticon