04 January 2012

Azfar dipenuhi dengan ruam campak

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Setelah dua hari demam campak, ruam semakin banyak keluar. Bahagian muka, kepala dan badan semakin banyak. Demam pada sebelah siang tiada masalah cuma pada sebelah malam akan meningkat naik dan badan menjadi lemah.

Doktor telah bagi cuti sakit selama seminggu tetapi harap boleh sembuh lebih awal. Harap Azfar dapat pergi sekolah lebih awal. Semasa taklimat murid pra sekolah tadi, Sop hanya serahkan surat cuti sakit sahaja.

Parut masa kecil boleh hilang ketika membesar nanti. Kalau kena masa dah besar, sussh pula hendak hilangkan parut kan?

Info tentang demam campak boleh didapati di http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/DemamCampakkanak_kanak.php




EmoticonEmoticon